Of Buku Merah

Diorang cakap kalau pergi check up dekat klinik gomen nanti dapat buku kaler merah...actually tak merah pon..more like pink color je lagi..

Dan actually lagi, I tak berapa pasti sebab kenapa nak buat buku merah...both of us (me & hubby) taktau pon kewujudan buku merah sampai la I gatal baca-baca kat blog ex-B2B yang I pernah follow...heh..ikut saje...orang suruh terjun lombong dengan alasan baik untuk mental pon rasanya aku akan ikut..honestly kitorang masih lagi mencari rentak pembacaan and research..sekarang baru gear 1, nanti-nanti kitorang pick up the pace la...lama lagi..

I was told time mula-mula check-up tu, kena amik darah untuk tengok kumpulan darah la, Rh la, HIV la..pastu kena ukur tinggi, berat semua..tapi takde pon berlaku time aku..sekadar nurse bagi ceramah, asid folik, vitamin B, pastu tunjuk ada dapat Obimin dari previous clinic pastu dia scan, tapi dia kata tak nampak ape (tapi I nampak macam satu bulatan..tapi takde dot kat tengah-tengah)..pastu done...boleh balik makan mihun goreng sebab ingatkan kena puasa dulu...hahaha..silly me!!

Doktor suruh pergi kat klinik lain, scan pastu bawak gambar tu kat diorang.. okeh kitorang pon pergi, jauh kau!! ni semua pasal baca kat internet la ni..klinik dekat-dekat ada, tapi tak memenuhi piawaian plak, sanggup redah traffic jam..tapi terlupa nak mintak print out..hahaha..sedih betul la mak ko ni wahai baby...takpe, next appointment dengan klinik tu seminggu awal dari appointment dengan klinik gomen...sempat lagi nak minta print yang baru..

Kalau ikut LMP, this week sudah 7 weeks. So far masih takde lagi simptom-simptom morning sickness..so setakat ni berita pregnancy belum disebarkan kepada boss. Officemate yang lebih kurang sama due date dah siap bagitau kat big boss..I? nanti la dulu..tengah cari idea camner nak cakap dengan boss..heart to heart gitu..ada idea? share la pleaseeee...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

020213

Hi..since I tak rasa comfortable to post it on FB or Instagram, I think here is the place for me untuk share..you know...that feeling when you want to share the news...tapi tak rasa it should be to a large group of people...swell, ini i ada berapa orang je yang baca yang betul-betul kenal...and I do really hope that you can keep it to yourself sampai la tempoh selamat itu itiba...


So apakah benda yang highly P&C itu? Hihihi...it's none other than...... tengok gambar kat bawah please...hehehehe..


To some, buat apa lah rahsia-rahsia..benda baik..nanti boleh ramai-ramai doakan..

I say, takpelah...until I betul-betul confident to announce...nanti I letak kat FB / IG....malas la nanti sanak saudara kepoh-kepoh...pening...

Ceritanya bermula as soon as I missed my period...sehari, dua hari...tunggu lagi since I pernah missed 2 hari...hai ketiga pon cool lagi..tapi kawan-kawan rapat kat office suruh test...oke ada sedikit goyang di situ...hahaha...hari keempat...subuh-subuh I buat test..and photo above is the result..

So now I know penyebab food craving, weight gain, seluar and baju tak muat..and yang paling silly, I pening bila dengar lagu-lagu on air kat Hitz/Mix/Era/Hot FM..sekarang dengar Lite/KL/Suria FM je yg mampu..you know, type of songs yang orang dengar kat coffee house / lounge..husband cakap I dengar lagu orang-orang tua....sorry sket....ni la lagu-lagu time kite membesar dulu..apart from that, rasanya cepat dehydrate...tapak kaki dah start mengelupas, muka pulak ada jerawat 3-4 ketul...this baby  better has a soft skin sebab dia dah amik dari mak dia ni..hahaha, dalam perut pon dah kena marah..

To date, I dah buat 3 tests...satu kat rumah, satu kat klinik biasa, satu lagi kat klinik government..so basically, buku merah dah dapat, folic acid dah dapat, vitamin B complex pon ada..tengah research lagi bila time yang nk kena pergi register kat hospital pulak..berangan nak pergi Prince Court...boleh? hahahaha

Rasanya itu saje la dulu..ada cadangan bahan bacaan yang boleh dibaca-baca? Boleh recommend cara-cara Islamik pulak, Western punya method dah banyak jumpa..


Chow for now...mungkin sekarang lebih kerap tulis blog...sebab dah start baca-baca kat internet guna laptop bila kat rumah..hahaha....haaarapan sangat!!~~~




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

How I Met Your Mother (HIMYM)

"Look, I don't want to be exactly like my family..and don't take this the wrong way..but I don't want to be exactly like your family either....we'll be our own family.." Marshal Eriksen- HIMYM Season 1 Episod 9.

aaaaaah....terharu, kan?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lesen Hilang!!

Heh..aku ni pelupa..lately dengan kerja yang overloaded (nauzubillah) lagi la jadi pelupa..akibatnya, banyak la barang aku hilang, misplaced, tercicir la, lupa nak ambil balik la...

Normally, kalau kena keluar pergi jumpa orang, aku akan bagi jek aku punya driving license dekat pakgad building tu, malas la nak bagi IC...kalau style kat dayabumi ni, after 6.00pm kau tak collect, alamatnya ID ko tu masuk security control room...nak ambik balik tu, panjangla lagi kekdahnya...which i don't like and i don't want to discuss further..nasib kau lah, kiah!

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang indah, aku nak pergi meeting dekat satu Client's office ni...dengan lenggang kangkung mak limah aku melangkah nak register kat receptionist dia, sekali cari-cari dalam beg duit, lesen yang hat ada gambar tu yilek-poci! homaiiiii...di manakah ianya berada?? punggah handbag kat situ jek...habislah semua khazanah dikeluarkan..dannnnnn...memang confirm takde..

Ok, ego kena jaga...jangan gelabah ayam kat depan mat-mat saleh yang nak register jugak tu..dan natijahnya, sepanjang dalam meeting tu lah jugak aku tak fokus..otak ligat memikir kat mana kali terakhir diriku melihat lesen ku itu..multitasking is not always a good practice, you know..dah la tak fokus, tak jugak aku dapat recall kat mana lesen ku itu..tak apelah..kite kena move forward..

Habis semua aku tanya, kalau lesen hilang kena lodge police report tak....ada yang kata kena, ada yang kata tidak...at that time, kenapalah aku tak refer kat internet pon aku tak pasti...mungkin kekalutan melanda di jiwa..

Berbekalkan duit RM 50 dengan 2 keping gambar paspost balance dari time nak renew pasport aritu, aku pon menuju ke pejabat JPJ kat Seri Permaisuri..time tu dah pukul 1.10..aisey...office governement mesti tutup la ni kan...takpelah..redah saje..untung sabut timbul, untung batu tenggelam...untung aku, dapat la lesen baru..

Jumpa kakak kaunter, tengok jumlah menunggu ada 50 orang lagi..."alamak, nyesalnya tadi tak pergi bilik air dulu" takpelah..setiaku menunggu..laju jugak, purata satu no. 1 minit ke 1.5 minit...ohhh sungguh cekap sekarang..aku suka, aku suka..

Sampai my turn,.."Puan, lesen saya yang part ada gambar tu hilang...saya tak report polis sebab kawan saya kata takyah report" (padahal itu abah yang cakap no need)..Orang kat kaunter tu pon selamba rilek je.."takpe cik...bagi saya lesen yang valid tu, gambar pasport..tapi kena bayar RM 20 ye"...heh...RM 20 jek? penat la aku g beratur kat ATM tadi..

Akhirnya, selepas sejam 15 minit dapat la lesen baru saya..hahaha..itu sajelah cerita lesen hilang..sebab aku nak cerita kat orang, mesti la orang gelak...so aku pon tulis dalam blog...biar aku jek yang gelak sorang-sorang...hahahahaha...

oh ya...kena fotostat IC siap-siap ye..lupa nak tulis kat atas


TAMAT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First time

Call me jakun ke cangok ke hape...i don't care!! Memang tak pernah pergi Chinese Wedding sebelum ni...so I kena la letak dalam blog kenangan pergi wedding ni..


Oke..mak terkejut ye ada 9 courses..gile banyak...according to the bride, ni semua expensive and considered as luxury food..diorang tak masak/makan ni on daily basis melainkan ko ni keturunan raja-raja dinasti ming ada harta tujuh keturunan tak habis..ok,enough menulis..tengok gambar jek (un-edited...reason: malas..hahaha..

By the way, this wedding reception dinner was held at Oriental Maju Palace, Maju Junction..

Backdrop, time cerah biasa2 jek..dah tutup lampu baru nampak cantik
officemate cum bridesmaid..diorang (bridesmaid dgn bride) dah kawan dari sekolah lagi..

ketua banquet..tengok baju aler sama (tone s. shamsuddin time terjun pokok movie P Ramlee - Madu 3)

Nak tunjuk gak baju dia sama..yelah kak oi..
group photo..semua cari best angle nk kasi nmpk kurus

us..first time g chinese wedding..jakun sket..haha

Brace yourself...food pic are about to come..


Ni complimentary dish nama dia Maju Palace's Four combinations..ada red squid, soft crab, pastu lagi 2 taktau amende..i'm pretty sure lagi 2 tu..taktau dia symbolize untuk apa..tapi rasanya benda-benda yang baik

Ni nama panjang..nak lawan nama aku letttewww
Double-Boiled Chicken Soup with Dried Scallop, Mushroom and Chinese Cabbage in Coconut..not  my favorite..aku pon bukan food-adventure, rasa pelik-pelik..memang tak makan dah.

This is Ying Yang Pomfert..ikan tu dilapah isi-isinya..pastu tulang digoreng garing (nada chef iklan Panasonic time Masterchef)..balance betul..makan isi pastu makan tulang..tidak membazirkan ruang tong sampah anda

Makanan ni lagi satu yang nama dia panjang..hazab jugak nak mengingat..let see if I can still remember
Braised Abalone with Dried Oyster& Dried Seafood in Winter Melon..
Yerpp..you read it right..oyster..so the very aphrodisiac..hehehe..

So-called Thousand Layered Cake with Lotus Paste Pancake...yang pancake tu sedap..nom nom


Ni, haruslah semua orang tau...the wedding cake...5 tingkat uhollss..tapi tak dapat rasa

Macam mana boleh memorize all the pelik-pelik menu...hahahaha...you have been fooled!!..tadaa..tq En. Husband yang berjaya dipaksa mengambil gambar menu..hahahaha..dish yang biasa-biasa macam nasi goreng dalam nenas tu tak payah la..bukan rare, selalu je jumpa kat kedai mamak..

Tiada dalam gambar: Smoked Farm Chicken, Tiger Prawn with Butter, Fried Rice with Pineapple in pineapple boat

Dah habis gambar makanan, kite tengok gambar event plak..
Botol champagne yang sangat hazab untuk di'pop'kan...kesian pengantin lelaki..2 botol plak tu nak kena buka..

Yam-seng session...macam toast untuk pengantik..sebab takleh minum wine, kitorang toast guna air Pepsi, 7-Up, Chinese tea dengan plain water sajohh..wine adalah harooomm..

Don't mess..nanti tak dapat lai chi kang Maju Palace...rugi-rugi..

Muka laki bini jakun pegi chinese wedding..maafkan tingkah laku kami

Gambar dengan pengantin..cantik? Of course la!!

Selamat Pengantin Baru, Kah Yin..
Ingatlah, talk safe, think safe, act safe..safety first 

(Ms. Chan Kah Yin is QHSE Manager kt my office..ini adalah favorite ayat dia kepada kami semua)



♥THE END♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS