Lesen Hilang!!

Heh..aku ni pelupa..lately dengan kerja yang overloaded (nauzubillah) lagi la jadi pelupa..akibatnya, banyak la barang aku hilang, misplaced, tercicir la, lupa nak ambil balik la...

Normally, kalau kena keluar pergi jumpa orang, aku akan bagi jek aku punya driving license dekat pakgad building tu, malas la nak bagi IC...kalau style kat dayabumi ni, after 6.00pm kau tak collect, alamatnya ID ko tu masuk security control room...nak ambik balik tu, panjangla lagi kekdahnya...which i don't like and i don't want to discuss further..nasib kau lah, kiah!

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang indah, aku nak pergi meeting dekat satu Client's office ni...dengan lenggang kangkung mak limah aku melangkah nak register kat receptionist dia, sekali cari-cari dalam beg duit, lesen yang hat ada gambar tu yilek-poci! homaiiiii...di manakah ianya berada?? punggah handbag kat situ jek...habislah semua khazanah dikeluarkan..dannnnnn...memang confirm takde..

Ok, ego kena jaga...jangan gelabah ayam kat depan mat-mat saleh yang nak register jugak tu..dan natijahnya, sepanjang dalam meeting tu lah jugak aku tak fokus..otak ligat memikir kat mana kali terakhir diriku melihat lesen ku itu..multitasking is not always a good practice, you know..dah la tak fokus, tak jugak aku dapat recall kat mana lesen ku itu..tak apelah..kite kena move forward..

Habis semua aku tanya, kalau lesen hilang kena lodge police report tak....ada yang kata kena, ada yang kata tidak...at that time, kenapalah aku tak refer kat internet pon aku tak pasti...mungkin kekalutan melanda di jiwa..

Berbekalkan duit RM 50 dengan 2 keping gambar paspost balance dari time nak renew pasport aritu, aku pon menuju ke pejabat JPJ kat Seri Permaisuri..time tu dah pukul 1.10..aisey...office governement mesti tutup la ni kan...takpelah..redah saje..untung sabut timbul, untung batu tenggelam...untung aku, dapat la lesen baru..

Jumpa kakak kaunter, tengok jumlah menunggu ada 50 orang lagi..."alamak, nyesalnya tadi tak pergi bilik air dulu" takpelah..setiaku menunggu..laju jugak, purata satu no. 1 minit ke 1.5 minit...ohhh sungguh cekap sekarang..aku suka, aku suka..

Sampai my turn,.."Puan, lesen saya yang part ada gambar tu hilang...saya tak report polis sebab kawan saya kata takyah report" (padahal itu abah yang cakap no need)..Orang kat kaunter tu pon selamba rilek je.."takpe cik...bagi saya lesen yang valid tu, gambar pasport..tapi kena bayar RM 20 ye"...heh...RM 20 jek? penat la aku g beratur kat ATM tadi..

Akhirnya, selepas sejam 15 minit dapat la lesen baru saya..hahaha..itu sajelah cerita lesen hilang..sebab aku nak cerita kat orang, mesti la orang gelak...so aku pon tulis dalam blog...biar aku jek yang gelak sorang-sorang...hahahahaha...

oh ya...kena fotostat IC siap-siap ye..lupa nak tulis kat atas


TAMAT.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: