Alhamdulillah~

Alhamdulillah, Encik Little Brother pon dah selamat memilih hari kenduri beliau..*pling...bertukar kepada mode wedding planner paling hebat di alam semesta...happy happy..where to begin masalahnya?..takpe, bukan masalah wedding planner...kite hempukkan pada pengantin.... >:)


Comel kan bakal Puan Adik Ipar saya?

As for myself...yey..doktor cakap takde yang nak dirisaukan (for the time being)..itu 4 ketul breast lumps yang comel tidak menunjukkan ciri-ciri mengganas (rasa one kind of excitement bila baca ayat "No evidence of malignancy is seen" kat report.. sungguh kedoktoran tau~another cita-cita yang tak kesampaian T_T)...yeyyy..suka suka..

Oleh itu mari kita memanjatkan syukur kepadaNya kerana memberikan kesihatan dan kemakmuran..kawan-kawan, i thank you all for the wish..kepada Encik Boyfriend and sanak saudara yang turut involved...sungguh terharu dengan moral support yang korang bagi...sayang korang banyak banyak!!

Cik-cik gadis yang membaca, wat la selalu ye breast self examination..tak rugi..kalau terjumpa seketul dua, jangan saspen2 and terus jump into conclusion..have it check by medical expert..pastu baru la nak takut..owh yang penting, pastikan dapat moral support yang cukup.. ;)



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bulan Tujuh Dah

Iye..saya tau...saya memang suka tinggal blog saya lama-lama...ini adalah yang paling lama yang pernah ditinggal..6 weeks..huahuahuahua...yelah, orang kata: sayangkan blog tinggal-tinggalkan..setuju?

Julai datang lagi..ape jek achievement sepanjang 1st half of 2010 yang boleh dibanggakan? *fikir-fikir sambil wat mulut muncung itik kegemaran Encik Boipren...eh, Encik Boipren? yeee..anda tidak tersilap baca..so now you know lah kan..hihi...hepp Cik Bulan, behave behave..

Owh...kembali kepada achievement...tidaklah besar seperti insan lain yang naik Gunung Everest lah, menang loteri lah, itu lah ini lah..yet, it does make major difference lah...sekarang saya sudah ulat buku..huahuahua...walaupon belum la lagi khatam buku pertama, tapi rasanya pattern membaca itu boleh dibanggakan jika dibanding dengan zaman-zaman apabila buku-buku ilmiah secara rasminya bukan lagi merupakan buku wajib di atas meja study..

Ye sekarang juga sudah pandai berjimat cermat...setelah dikritik kerana boros yang melampau terlampau dilampaui..oke..insaf..tambahan pula Encik Adik hendak berkahwin, dah ada ciri-ciri memerlukan sponsorship itu..kakak yang baik? yes i know...Cik Mui, banyak ni nak gosip..mari berYM..

Terbaek sekali, sekarang sudah boleh balik kerja awal..sudah boleh tengok Matahari time balik kerja..sudah boleh pergi tengok movie, jadi food adventurer, berbonding-bonding bersama family...wah saya sangat seronok..

Dan bulan ini juga rasa seperti mahu bertatabahasa dalam blog..ini semua akibat tabiat membaca tu lah..hoho..rasa seperti robot yang diprogram untuk berkata-kata pulak nih..yelah yelah...sehingga dapat membetulkan balik ke'hippy'an bahasa, jumpa lagi....tata~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS