Day 4: a habit you wish you didn't have

Ahahahha...ni adalah soalan yang paling senang dijawab...ala-ala kalau pergi interview ni..soalan "Can you describe your strength and weakness?"

I pick up this habit after a year of working..mula-mula sikit je...makin lama melarat-larat pulak jadinya..

Pernah cuba la membuang habit ni suatu ketika dulu....tak berjaya! Nak kurangkan sebab keluarga, tak jalan..nak kurangkan sebab kawan-kawan, tak berjaya...nak kurangkan sebab ada Encik Berihitam, lagi la tak berjaya..

Kalau sehari tak buat mesti esoknya rasa pelik...pastu orang semua akan tanya..macam benda salah pulak kalau aku tak buat sehari..isk isk..

Ni bukan gambar aku

Gambar kat atas ni dah macam bagi hint sket la..Ce teke..ce teke..apakah habit yang saya maksudkan itu? 


YEEEEE!!!! Saya ada habit duduk dekat office lama-lama..kalau ada kerja nak buat lagi lama..kadang-kadang sampai tak balik sehari semalam..breakfast-lunch-dinner-supper, mandi dan kewajipan-kewajipan lain kat office (tak tidur ye..nak tidur baik balik! jangan main tidur sesuka hati di mana-mana..quality sleep adalah sangat-sangat essential..hoh panjang pulak note aku)..weekends pon aku suka duduk kat office..ape punya perangai la kan?

Sebelum korang kata aku kaya sebab boleh sebab elaun OT banyak-banyak..mind you, office aku tak bayar OT okeh...kerja amal semata-mata... tapi aku sangat la tak suka apabila ada makhluk-makhluk yang boleh query at time aku balik sharp pukul 5...halooo my contract says the working hour is from 9am to 5pm..if i choose to stay beyond that, i do it willingly ya...kalau aku blah right on time, it's my right lah..bagi la aku rasa kehidupan normal macam korang jugak...duhh!!

so gambar yang aku tepek tu memang sesuai kan untuk mewakili habit aku yang tak berapa kata nak sihat ni la kan?

oke chow, nak pergi office siap-siap main badminton (pon dengan officemate..takde circle of friends yang besar..camni la) pulak ni..jumpa karang-karang..sorry aku play cheat along the challenge..alah lagi pon rules are meant to be broken kan? gasak la..hahahaha.. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 3: A picture of you and your friends

Ala...satu mana cukup...kalau satu untuk setiap kategori kawan boleh tak?


Gambar ni time puasa 2004 dengan geng apekenamantah untuk Desasiswa Lembaran (kitorang tak panggil kolej kediaman ke, hostel kepejadah...tak rock!) kt USM...main mercun sampai kena marah dengan Penggawa (kitorang tak panggil warden..again, tak rock!)...padanmukakaw!

Tahun 2005, M3TA2 (Majlis Makan Malam Tahun Akhir Aeroangkasa), tradisi kitorang untuk meraikan Final Year Student....time ni, kitorang pulak la diraikan..50 orang jek..yang still contact ada lah dalam 7-8 kerat...lain-lain ntah melingkup pi mana dah ntah..


Kawan sekolah menengah..3 daripada gadis di atas dah pon jadi bini and mak orang...pengantin ketika itu pon kini conceiving for 2nd time....congrats girls!! yang laki tu, ermm setakat ikut update kat FB saje..

Gambar dengan budak-budak The Persona Club..Ni first meeting dengan diorang...ada a few yang still in touch lagi..yerp, again...thru FB..tapi takde la takat like-like post...rajin la jugak mengomen (kata dasar = komen, bukan romen..hihi..ni ayat tiru saper tak ingat), membahan, mengutuk secara comel bersama mereka..to this group of people (yang lama-lama), i love u all..thanks for the support ketika hati mati...


Kawan-kawan kerja....more like a family to me....diorg ntahla anggap family ke tak...eh sedih pulak ni...sorry :p

Eh ni kategori baru...kategori kawan Encik Berihitam...sebenarnya ni la 1st and last time jumpa diorang..selalu jumpa kawan-kawan study beliau jek....Alhamdulillah, boleh la nak bergaul sikit-sikitu tu....rasa macam boleh rampas kawan Encik Berihitam...watch out ye Encik Berihitam

Itu je la circle of friends yang ada....sikit kan? better sikit je...dari ramai-ramai, tapi ko lupa main attribute orang tu...it's quality that matters..not the quantity..

Oke chow...dari siang tau wat draft ni...hikkk ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 2: The meaning behind your blog name

Hai di sana!! Sorry tak ikut 30 days punya schedule...internet ni haaaaa.....tak boleh jek nak guna sejak ari cuti Maulidur Rasul tu..hangen mak nok!! call TM, dia cakap ada gangguan perkhidmatan..terpaksa lah pasrah..

Oke cukup tu sesi luahan perasaan. TM, jangan la wat maintenance lama-lama tau lagi lepas ni..

Owh ye..Day 2 of the Challenge..kena cakap pasal blog name ehh

Dulu blog ni nama dia '..dan bila bulan berbicara..' agak emoticon la..ye la memang pon..time tu tujuan tulis blog sebab nak share hati yang lara lepas kena sound ngan bestfriend...cakap muak la dengar cerita patah hati berulang kali macam siaran Astro...hoccay..mek merajuk..mek bukak blog sebab time tu baca blog cik Mui..hmm barang yang lepas jangan dikenang...cerita panjang dia, korang boleh baca kat sini..

Now, Sazali sudah dewasa, Bapak blog sudah ditukar nama...Chepoh Membebel...rasanya it suits the blog well..sebab banyak membebel, merapu, meraban, meroyan..menceritakan ketidakpuasan hati terhadap alam semesta..emo tapi bukan lah disebabkan patah hati, putus cinta, marah kat orang semata-mata..no more tau!

Sekarang baru ada 45 followers...taklah banyak sangat..tapi saya tetap suka..ada follower dari gang owner Avina, Desa Coalfields....ada follower from kelab kereta saya, The Persona Club..ada kawan-kawan yang dah 10 taun lebih..ada kawan-kawan office..ada sepupu (oit, oit..ni rahsia..jangan bagitau kat orang kampung tau!)..macam-macam ada..eh ada silent reader? i appreaciate u too....tak kurangnya kasih sayang kak nita kat u all..hehe

Oke..since ada banyak hari saya sudah tertinggal..saya mo cari idea ye..mo tulis..tengok la nanti-nanti siap..saya post oke?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Day 1: a recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Oke oke...saya suda mo kick start the challenge..

Tajuk harini: A recent photo with 15 facts about myself...

Wawawa..ni kalau time interview, adalah soalan yang paling aku benci nak jawab..huh!!

Recent photo?? tarak...hardly masuk bergambar kat kamera sendiri maupon kamera orang...no longer ada sawan kamera macam muda-muda..yang ada cuma ini..

Wallpaper screenshot of my iPhone 4...reti? tak reti, meh nak ajar. =D

15 INTERESTING facts lagi ko mau?..wahhhhhh...i don't think i am that interesting sampai orang nak suka-suka kat aku..takpe..for the sake of this challenge..let's give it a try..(it's in random order tau....tak ikut pun priority)

  1. For those yang lahir in 80's...my name can be considered long enough for ordinary baby...32 huruf kaww, siap binti nama bapak..hambek!!! seksa nak isi borang OMR...tapi takpe..those were days...nanti kalau ada anak, nama pendek-pendek cukup..keh keh
  2.  Oh, oh! saya ada iPhone...and is yet to jailbreak...bagus ka jailbreak? i heard good stories and bad stories...sama jek pemberat..
  3. Baru create twitter account...hoho..sangat complicated i would say...how to get people to link with me? sesiapa boleh tolong ajar? huk huk
  4. Hardly delete SMS dalam phone....dulu-dulu zaman pakai 3310...boleh simpan 30 sms jek..dilemma sungguh...prior to iPhone, pakai samsung...boleh save about 200+ sms...yang tu kalau tak delete..yang luar daripada range tu, dia superseded terus...kalau nak simpan, kena pindahkan masuk favourite..nasiblah iPhone ni practically unlimited...bleh simpan sampai muntah..aku rasa ni dah macam mental disorder
  5. My sense of belonging is extremely high...amat tidak suka barang-barang kepunyaan dirosakkan oleh tangan-tangan / kaki-kaki / kepala otak durjana...mak tak suka nok!!get it?
  6. A very disciplined procrastinator...i tend to do low priority work instead of the other one...masalah besar lah!!
  7. Pukul 10 malam baru dapat baca suratkhabar...so jangan hangin tak pasal kalau aku blur pasal perkembangan untuk hari itu...anyhow i always keep myself updated dengan current affairs.
  8. While orang lain sibuk tengok Ugly Betty, Glee, Gossip Girls.....aku pulak sakan tengok Friends...minah memori la katakan
  9. Suka kalau dapat pergi Cherating.....apa yang best pon taktau....mungkin sebab boleh drive jauh-jauh
  10. If you cannot find me at home, try my office..kadang-kadang lebih dari 12 jam dok kat situ
  11. At the moment, banyak follow blog pengantin.....may be sebab  haritu adik nak kahwin...now kena luaskan lagi...ada nak suggest blog yang inspiring tak?
  12. "Biar sesal membeli....jangan sesal tak beli"...alasan bila membeli tanpa tujuan
  13. Baru lepas tengok Green Hornet...ingatkan tak best....best la pulak...pergila tengok..(korang pon kalau baru lepas tengok wayang, meh la update sini)
  14. Menurut kajian berdasarkan tarikh lahir, I am one of those with voice power but got no pure heart...kalau mo minta nasihat den, jangan lah ekau expect den akan comfort ekau, tepuk-tepuk, kasi tumpang bahu untuk nangis..ekau hanya perlu tadah telingo yo...that's all
  15. Cik iPhone ♥ Encik Blackberry...hahahaha..muntah? sorry, geng!!


So amacam entri untuk Day 1 of the Challenge? Lulus?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku Cabar Ko!!

Best pulak tengok blog awek ni buat Cabaran 30 hari..bagus ni untuk menggalakkan kegiatan berblog..

Cik Puan Waniey, since tak boleh komen kat tempat u.....i mintak izin kat sini ye...saya mo tiru sahut cabaran itu..

Ni yang perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari hari mula-mula korang decide untuk menyahut cabaran tu..

30 days of challenge

Day 1: a recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Day 2: The meaning behind your blog name

Day 3: A picture of you and your friends

Day 4: a habit you wish you didn't have

Day 5: a picture of somewhere you've been to

Day 6: favourite super hero and why

Day 7: a picture of someone/something that has the biggest impact on you

Day 8: Short Term goals for this mont and why

Day 9: Something you're proud of in the past few days

Day 10: Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad

Day 11: Another picture of you and your friends

Day 12: How you found out about blogspot and why you made one


Day 13: A letter to someone who has you hurt recently


Day 14: A picture of you and your family

Day 15: Put your iPod on shuffle- First song that plays

Day 16: Another picture of yourself

Day 17: Someone you would want to switch lives for one day and why

Day 18: Plans / dreams / goals you have

Day 19: Nicknames you have and why do you have them

Day 20: Someone you see yourself marrying / being with in the future

Day 21: A picture of something that makes you happy

Day 22: What makes you different from everyone else

Day 23: Something you crave a lot

Day 24: A letter to your parents

Day 25: What I would find in your bag

Day 26: What you think about your friends

Day 27: Why are you doing this 30 days of challenge

Day 28: A picture of you last year and now, how have you changed since then?

Day 29: In the past month, what have you learned

Day 30: Who are you



Halamekk...hambek ko..mencabar sungguh...owh sementara mencari idea (boleh cheat tak?), kena postpone la kickoff date camni..nanti bila dah nak mula...saya tulis la ikut entry mengikut tajuk pada hari itu..wish me luck!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paris Hilton Converts to Muslim?

Eh betul ke? korang ada dengar?...aku tertengok kat FB ex-trainee kat office aku...nak percaya, budak ni pelik sikit...tak percaya, rugi ni kalau tak jadi the 1st one to know, karang takleh nak beriak takbur (ko tengok..niat pon dah jahat)


Hahaha...gagah la jugak aku meng'google' information ni...hoho...hokeh now aku percaya lepas tengok gambar ni...kiranya bukan lah si Paris ni nak regain her popularity..ikhlas la ni..


Cantik kan? macam mek arab padang pasir
Alkisahnya:

JEDDAH - Saudi Arabia - Former American socialite, Paris Hilton has converted to Islam, her spokesman, Ian Brinkham, has revealed to CBS news.
"She has been toying with the idea for quite a while now and when she was imprisoned at Century Regional Detention Facility in 2007, she encountered a few people who had already converted," Mr Brinkham said.

By converting to the Muslim faith, Paris Hilton has decided to shun her old life as a celebrity skank.

Speaking from an Islamic study retreat in Jeddah, she said: "I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."

Hollywood Jihad

Ms Hilton plans to return to Los Angeles next week to start her own Islamic school in the middle of Beverly Hills.

"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone," an excited Paris Hilton said.

Paris Hilton also plans to change her name to 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Her Islamic school will open in July and is set to become a popular Hollywood spiritual haunt for many celebrities.




Oke tak fikir panjang (selepas meredah trafik selama 10jam kat PLUS Highway...akal memang berada di hujung jari je), guwe pon telah selamat memforwardkan berita ni kepada rakan-rakan sekerja..ada la sekerat dua response..syiok jugak layan gosip artis kat office ni ye..international lagi gitu, tijah oi!


Pastu...15 minit kemudian..nampak lagi budak tu update status FB dia (errr...saya online FB kt henpon tau bos)..rupanya hoax semata-mata...yang initiate benda ni ialah The Daily Squib , akhbar parody online terkemuka..oke sekarang korang boleh gelak kuat-kuat...tu la niat nak riak takbur tu memang selalu dibayar cash...padan muka aku kan!! nyamfah-yu~..


Tapi dia punya nama Arab tu sangat lah lembut...mak suka, mak suka!! tapi lagi kalau letak nama anak,aku rasa nanti mental anak aku pasti tertekan sebab akan kena ejek kat sekolah akibat daripada patah-patah suku kata nama dia..korang pon boleh bajet part mana daripada nama tu kan? oke cancelled...tapi aku suka idea nama start huruf 'T'...Thalia, Tamara, Tijah...just to name a few..eh jangan tiru...aku saman korang kang!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

To All My Tiong Hua Friends

I would like to wish you Xin Nian Kuai Le.. Gong Xi..Gong Xi...

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Have a happy bunny new year, everyone!! ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tak cukup tidur.....jangan dekat!

Oh somehow I forgot I still got to work today..sob sob sob..semalam pegi bantai marathon tengok 'Friends' season 4 sampai abis dalam satu malam..pastu melarat ke season 5 tapi dapat 6 episodes jek..huhu..sekarang kepala otak dah set kehidupan mesti ala-ala citer Friends tu..

As a result dari kegiatan tak sihat semalam, pagi ni I drove to work half concious..huhu..terawang-awang je minda kenapa Rachel ngan Ross tak jadi macam pasangan lain yang happy..kenapa Chandler ngan Monica berahsia pasal apa yang diorang dah buat..owh indah kalau hidup macam Phoebe and Joey...sangat sweet, sangat innocent..sangat carefree..owh saya sangat suka kehidupan macam Phoebe and Joey...dalam pada berangan, berjaya jugak sampai office..

Sebab semalam pon tidur lambat, harini koordinasi badan ada sikit lari..tetiba jek rasa ada difficulty untuk bercakap, macam susah sangat la nak bercakap, dan susah juga nak dail no. telefon orang kt ofis. sendiri salah dail, sendiri mengamuk hempas-hempas telefon..boleh gitu?..apakah terjadi pada diri ini?

Not only that, I jadi minah blur harini...bab kerja memang all the time blur..tapi ni blur bila cakap dengan kawan-kawan..I normally senang sangat gelak kat / gelakkan orang...today macam, diorang dah habis wat lawak and gelak-gelak 2 saat yang lalu..kat sini baru nak gelak..semua  macam,"what the heck?!..lampi girl in the house"..aiyak.gonna live with that for another 2 weeks sebab minggu depan ramai cuti lagi..so yang kerja harini only have chance to extend to those yang tak kerja harini on another week..

Ohhhooo, lagi satu, selsema dengan teruk..sangat teruk, sampai boleh rasa diaphragm ni lenguh sebab rapid movement while sneezing..kenapa ntah..orang lain kalau tak cukup tidur mesti sakit kepala or migrain..tak pernah dengar sampai kena selsema, paling weird pon, dengar jerawat naik dengan girangnya di kulit muka..tapi tamolah tiga-tiga tu..i rather rasa lapar kalau tak cukup tidur, pastu makan like nobody business..huhu

Korang caner aa kalau tak cukup tidur? Adakah sama sepertiku?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS