Jantina Baby

Wahaha...oke sorry..haritu (banyakla haritu...bulan 2 tu dh lama kot) kata bakal update hari-hari on pregnancy...tapi mummy busy hoccay..banyak kerja pastu nk deal dengan mood swing, fatigue, kelaparan tahap maksimum, melayan keluarga, kereta rosak menyebabkan long hiatus ini..hahaha..

Semalam, ada satu kakak ni baru balik maternity leave...selalu la menyembang dengan beliau sebab beliau ni rajin berjalan ke my department bergosip, bercerita pasal kisah nabi, pasal artis...semua benda la..oke itu point yang tak penting dalam post ini..

Post yang penting ialah kakak tu teka i bakal dapat baby girl..pegang perut je uhollss..confident level dia memang ke bintang gitu..mana taknya, dah 5 orang kot anak..mesti dia boleh la tengok tanda-tanda nak dapat baby apa kan..

And then, hari ni sorang lagi meneka...kata berdasarkan keadaan perut la jugak...huhu...guwe rasa perut guwe ni comel-comel jek kalau compare dengan sedara-mara lain time mengandung..tapi kalau compare dengan orang kat office yang sewaktu denganku...by far, memang i la menang saiz tu...hahaha

So arini...lepas power nap tadi, tergerak hati google petanda-petanda jantina baby..nak percaya 100% tu idokler..karang jatuh syirik pulak kan..cuma kot-kot dapat membantu time nak shopping barang baby...

______________________________________________________________________________
1) BENTUK PERUT
Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 
-oke ni, cik minah dengan cik jah kata perut guwe memang nampak melebar...ketara...so kite rasa perempuan..


2) NIPPLE BREAST
Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. 
-guwe mengandung sulung kottt...argument invalid

3) ARAH TIDUR
Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri mungkin anak pompuan. 
-secara azalinya aku ni baring di atas limbung kanan..uicehhh limbung kanan..korang tau tak makna dia? maknanya aku ni mengiring ke kanan laaa...tapi semenjak pregnant ni lagi selesa mengadap kiri..so kat sini gegirl lagi..

4) POSISI BAYI
Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.
-heh...baby suka dok belah kanan...eh boy la pulak kali ni

5) PERANGAI IBU
Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek dan bergaya anak lelaki.
- gua malas nk bersolek...takat pakai bedak, eyeliner, blusher ngan lipstick...tu pon orang opis kata i lately rajin bersolek...kat sini rasa taknak la amik kira point ni

6) GARISAN PERUT
Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.
-ni garis stretch mark ke? takde pon lagi takat ni..hehhhhh


7) WAJAH IBU
Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..
-tak pakai bedak pon orang kata muka berseri..nasib la kalau diorang nak amik ati ke ape...tapi kalau jujur..tu tandanya anak laki la kan kan kan..

8) BUKU LALI IBU
Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan.
-sebelah licin..sebelah dry skin...haih...mainan jiwa btol 

9) RESPONSE
Melihat kepada response kakak atau abang terhadap ibu. Kalau kakak suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau kakak tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..
- anak adik ngan anak kakak boleh tak dijadikan indicator? tapi dua-dua pon suka...uicehh..perasan makcik favorite nih..ahahaha

10) PEMAKANAN IBU
Ibu yang suka makan makanan masam dikatakan mengandung bayi lelaki dan jika ibu suka makan makanan manis tandanya bayi perempuan. Ibu mengandung yang suka makan seafood juga dikatakan mengandung bayi lelaki.
-skrg cenderung terhadap makanan yg masin n cheesy...makan dory fish kat MFM pon kira seafood jgk la kan?

_________________________________________________________________________________

I is CONFUSEDDDDDDDDD!!~~~nak shopping :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS