Operasi bermula..

Owh saya takkan taip panjang-panjang sebab operasi buat kuih raya and spring cleaning sudah bermula..lepas tu bertemu atuk nenek, pakcik makcik, sepupu-sepapat..haih...too many agenda, such a little time..sempat kah, sempat kah? (kenapa cakap berganda-ganda ala-ala bergema di dalam gua)


Dah siap 8 jenis kuih dah (siap hoccay, means home made..bukan tunjuk-tunjuk guna jari telunjuk punya tau)..ada Tart Nenas, Biskut Mazola, Kuih Samprit (hoh, betul ke ejaan? cam jahat jek nama kuih ni), Biskut Makmur, Biskut Coklat Rice, Biskut Coklat Cip (ai ai kapten) Badam, Biskut Almond London (tukar jadi Almond Ampang boleh? lebih sedap), Rempeyek...uii..tak sabar nak tunggu malam ni, boleh balun semua..eh, tak lupa juga dah siap 2 biji kek coklat..

As for the furniture, kitorang macam biasa, tak tukar apa-apa...sebab taktau nak letak kat mana yang lama-lama tu..Mama ku bukan la orang yang suka discharge barang-barang lama..sungguh sentimental kan?

Alamak!! got to go..bunyi mixer dan jugak bau kek ke-3 sudah memanggil...baking time..daaaa~


Belum masak & separa siap....nak tengok yang dah siap, meh la datang beraya...jemput ye semua ;)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MATTA Fair 2010

Helew peeps~


So everybody in my list got entry on MATTA Fair. Oke, sangat envy. Saya pon nak buat jugak. For those yang belum pergi, sila la pergi. Tinggal sehari je lagi (5th Sept 2010). Pergi cepat-cepat ye.

Went there with my other half. Hoho, don't get me wrong. We were not there to check out any honeymoon package (I must say, the journey is way too long for us. You wont hear the bell rings anytime soon. I promise), tapi for separate mission.Just pergi bersama, sekadar teman jalan-jalan so that bila promoter nak promote package diorang yang tak mampu diterima oleh akal and poket kitorang, bagi signal kat si peneman wat muka kelat and escape..bagus kan plan?

Tujuan sendiri berjalan-jalan sebab nak cari ground arrangement package since I'm going for holiday lepas raya (masyarakat sekarang, raya mana nak balik kampung, harus pergi berjalan-jalan). Encik Other Half pulak, nak cari sesuatu for his trip yang aku rasa tujuan trip tu untuk celebrate his graduation..boys' day out la tu konon. nak ikut, nak ikut darling.. :( tapi last time I check, I am a girl. so duduk diam-diam and nantikan kepulangan kekanda itu. hoho..

Secara jujur (ceh tersampuk macam ayat Cik Mui...sejak bila ko pandai secara jujur ni?), pendapat peribadi merasakan macam takde pon yang betul-betul discount sebab harga diorang publish kat MATTA fair, excludes fuel surcharge ngan all the taxes. Congak-congak, pretty much the same kalau kite book online kat AA or MAS. Tapi kalau korang nak cuba, pergi la jalan-jalan kat hall tu semua. Mungkin korang bleh dapat best bargain untuk percutian yang diimpikan..wah ayat sungguh Kementerian Pelancongan gitew..

Korang wonder tak, kenapa tetiba MATTA Fair wat bulan puasa? Agak penat jugak nak habiskan 3 hall tu (Dengan manusianya lagi. Huih. Tobat!). My guess would be sebab controversial issue yang dihadapi antara kita dengan negara jiran (like Tok Ti, I dont know much about sea border disputes la, orang ni kena tangkap la, PATI la) sampai baca kat surat khabar kata orang kita banyak dah cancel nak pergi bercuti kat sana (aiyok, nak kena cancel jugak ke aku? ahhh, rugila rugi..tamo).

Or, mungkin jugak sebab ni lepas raya ni dah nak musim orang kenduri. Again, orang sekarang, asal honeymoon, nak ke oversea saje. Dalam Malaysia, tanak! Double standard, tak baik tau (oh tapi Encik Other Half, itu plan mo pergi main salji still on ye). Mana tak, majoriti orang yang datang survey the promotion are young couples. Surely nak cari pakej yang best la tu. Takpe, nanti time kira hasil collection salam karuk, mintak 50% la dari Host aka the Parents. 50% belah perempuan, and 50% belah laki, dah banyak tu kan? Korang nak banyak mana lagi? Nak banyak sampai boleh pergi bulan? Rentikan la, Kiah.

Ahh, oke. mata dah berat. Harus tidur. Esok sesudah sahur nak sambung misi buat kuih raya. Dah siap 3 jenis.wuhuu. Sebelum tu, nak tinggalkan korang dengan gambar yang sangat-sangat tempting (kat diri sendiri je la kot). Err, kalau takde entry baru lepas ni, nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat semua, especially kat sesiapa yang termakan ati dengan saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah Boleh Komen

Yeyyy...blog saya dah boleh komen balik..tekan jek kat tempat biasa nak komen tu ye..tengsss~

Bila tukar layout baru la Cik Mui boleh komen...kalau tak, dia asyik komen thru SMS jek.."kenapa blog ko tak boleh komen ni oi Minah??"...sungguh garang sekali Cik Mui kita itu...jangan garang-garang Mui..nanti cepat tua..(sorry, Mui)

So apa tunggu lagi..marilah berkomen-komen mengenai entry saya..owh, yang kat bawah ni mostly font color kuning...tak boleh baca ye? nanti la i tukar satu per satu oke..

Yours truly,
~Budak Baik~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Layout

I think I need a new layout for my blog. The previous one is no longer suits me and does not potray my current mood. Therefore I have to privatize my blog until I found the one that suits me well. hehehe..


Apa anda merepek bercakap dalam bahasa orang putih di hari merdeka ni? haihh..semak balik jatidiri. Eh! orang Malaysia la, keturunan Jawa lagi. cakap Melayu pls... (hoho, terlepas jugak)

Accidentally tukar template..haih haih..tadi time nak preview, pi tekan apply..haih...tekanan perasaan betul..hmm, takpelah...dah dekat nak 100 entries, tukar la...bosan jek tengok si gadis penat tersandar kat tepi dinding dulu (ada orang notice ke benda tu? seriously, did anyone ever care?..don't think so..*sob sob)

Ni lah layout yang teraccidentally pi apply..huhuhu...tak pueh ati sungguh..warghhh..
Eh, korang pon nampak...hahaha...gedik sungguh nak tunjuk gambar..lama dah tak attach gambar kat entry..hahahaha...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Kemalangan

Aiyok...hari ni hari malang saya...



Meh nak cerita secara detailnya..seperti rutin mingguan yang biasa, setiap Jumaat pasti membawa pulang MODEM BROADBAND Maxis yang berharga itu (walaupon service cam tutttt..) kerana takut hilang..sayang wuoo..ada juga la jasanya ketika waktu bekerja..kalau hilang, macam mana nak contact Encik Boipren untuk berkongsi rasa tension bekerja di office..oke..cukup membebel..dipendekkan sikit cerita..pagi tadi waktu bersiap-siap ke office, i tak jumpa my modem itu..arghhh, abisla..jadi periuk bertekanan tinggi la..hey Encik Boipren, be prepared!! hoho..



Lagi satu kemalangan yang dihadapi hari ini.....PARKING CARD dan juga HANDPHONE..ni betul-betul mendatangkan mood kebiruan di pagi Isnin..kisahnya, nak pergi basuh kereta so bawa keluarla segala coins, cards and ntah haper lagi barang-barang koya mahal dalam kereta tu..kesinambungan dari kisah modem di atas, keluar rumah dengan keadaan sangat kelam kabut sehingga tak tercapai barang-barang wajib di dalam kereta...adoiiii..



Tersedar pon dah half way nak sampai office..sambil driving, cari handphone dalam beg dengan harapan nak memarahi orang-orang yang sepatutnya dimarahi tapi tak kesampaian (2 amaran, jangan memandu camni, bahaya wuo..jangan ada niat nak marah Abah anda, Abah-abah ni memang geng berdaulat, sebarang cubaan dari anak-anak untuk berasa bengang dengan mereka, tuhan bayar cash)..hambek ko!! handphone pulak tertinggal...wahhhh...tekanan makin tinggi ni...siapla orang kat luar kereta, silap jek, nak maki korang berbakul-bakul durian..padan muka!!~

Owh tetiba rasa tersedar dari dunia kemarahan...ehh kenapa exaggerate benda-benda ini...orang dulu-dulu zaman 80-an takde pon kalut kalau tak bawa kad parking, takde pon bising pon tak bawa modem, tak kecoh pon tak bawa telepon...dunia belum berakhir la beb..rilek la~hokey itu zaman dulu...i budak zaman sekarang (nyanyi-nyanyi lagu budak uitm tu..tiba-tiba)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS