Hari Kemalangan

Aiyok...hari ni hari malang saya...



Meh nak cerita secara detailnya..seperti rutin mingguan yang biasa, setiap Jumaat pasti membawa pulang MODEM BROADBAND Maxis yang berharga itu (walaupon service cam tutttt..) kerana takut hilang..sayang wuoo..ada juga la jasanya ketika waktu bekerja..kalau hilang, macam mana nak contact Encik Boipren untuk berkongsi rasa tension bekerja di office..oke..cukup membebel..dipendekkan sikit cerita..pagi tadi waktu bersiap-siap ke office, i tak jumpa my modem itu..arghhh, abisla..jadi periuk bertekanan tinggi la..hey Encik Boipren, be prepared!! hoho..



Lagi satu kemalangan yang dihadapi hari ini.....PARKING CARD dan juga HANDPHONE..ni betul-betul mendatangkan mood kebiruan di pagi Isnin..kisahnya, nak pergi basuh kereta so bawa keluarla segala coins, cards and ntah haper lagi barang-barang koya mahal dalam kereta tu..kesinambungan dari kisah modem di atas, keluar rumah dengan keadaan sangat kelam kabut sehingga tak tercapai barang-barang wajib di dalam kereta...adoiiii..



Tersedar pon dah half way nak sampai office..sambil driving, cari handphone dalam beg dengan harapan nak memarahi orang-orang yang sepatutnya dimarahi tapi tak kesampaian (2 amaran, jangan memandu camni, bahaya wuo..jangan ada niat nak marah Abah anda, Abah-abah ni memang geng berdaulat, sebarang cubaan dari anak-anak untuk berasa bengang dengan mereka, tuhan bayar cash)..hambek ko!! handphone pulak tertinggal...wahhhh...tekanan makin tinggi ni...siapla orang kat luar kereta, silap jek, nak maki korang berbakul-bakul durian..padan muka!!~

Owh tetiba rasa tersedar dari dunia kemarahan...ehh kenapa exaggerate benda-benda ini...orang dulu-dulu zaman 80-an takde pon kalut kalau tak bawa kad parking, takde pon bising pon tak bawa modem, tak kecoh pon tak bawa telepon...dunia belum berakhir la beb..rilek la~hokey itu zaman dulu...i budak zaman sekarang (nyanyi-nyanyi lagu budak uitm tu..tiba-tiba)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: