MATTA Fair 2010

Helew peeps~


So everybody in my list got entry on MATTA Fair. Oke, sangat envy. Saya pon nak buat jugak. For those yang belum pergi, sila la pergi. Tinggal sehari je lagi (5th Sept 2010). Pergi cepat-cepat ye.

Went there with my other half. Hoho, don't get me wrong. We were not there to check out any honeymoon package (I must say, the journey is way too long for us. You wont hear the bell rings anytime soon. I promise), tapi for separate mission.Just pergi bersama, sekadar teman jalan-jalan so that bila promoter nak promote package diorang yang tak mampu diterima oleh akal and poket kitorang, bagi signal kat si peneman wat muka kelat and escape..bagus kan plan?

Tujuan sendiri berjalan-jalan sebab nak cari ground arrangement package since I'm going for holiday lepas raya (masyarakat sekarang, raya mana nak balik kampung, harus pergi berjalan-jalan). Encik Other Half pulak, nak cari sesuatu for his trip yang aku rasa tujuan trip tu untuk celebrate his graduation..boys' day out la tu konon. nak ikut, nak ikut darling.. :( tapi last time I check, I am a girl. so duduk diam-diam and nantikan kepulangan kekanda itu. hoho..

Secara jujur (ceh tersampuk macam ayat Cik Mui...sejak bila ko pandai secara jujur ni?), pendapat peribadi merasakan macam takde pon yang betul-betul discount sebab harga diorang publish kat MATTA fair, excludes fuel surcharge ngan all the taxes. Congak-congak, pretty much the same kalau kite book online kat AA or MAS. Tapi kalau korang nak cuba, pergi la jalan-jalan kat hall tu semua. Mungkin korang bleh dapat best bargain untuk percutian yang diimpikan..wah ayat sungguh Kementerian Pelancongan gitew..

Korang wonder tak, kenapa tetiba MATTA Fair wat bulan puasa? Agak penat jugak nak habiskan 3 hall tu (Dengan manusianya lagi. Huih. Tobat!). My guess would be sebab controversial issue yang dihadapi antara kita dengan negara jiran (like Tok Ti, I dont know much about sea border disputes la, orang ni kena tangkap la, PATI la) sampai baca kat surat khabar kata orang kita banyak dah cancel nak pergi bercuti kat sana (aiyok, nak kena cancel jugak ke aku? ahhh, rugila rugi..tamo).

Or, mungkin jugak sebab ni lepas raya ni dah nak musim orang kenduri. Again, orang sekarang, asal honeymoon, nak ke oversea saje. Dalam Malaysia, tanak! Double standard, tak baik tau (oh tapi Encik Other Half, itu plan mo pergi main salji still on ye). Mana tak, majoriti orang yang datang survey the promotion are young couples. Surely nak cari pakej yang best la tu. Takpe, nanti time kira hasil collection salam karuk, mintak 50% la dari Host aka the Parents. 50% belah perempuan, and 50% belah laki, dah banyak tu kan? Korang nak banyak mana lagi? Nak banyak sampai boleh pergi bulan? Rentikan la, Kiah.

Ahh, oke. mata dah berat. Harus tidur. Esok sesudah sahur nak sambung misi buat kuih raya. Dah siap 3 jenis.wuhuu. Sebelum tu, nak tinggalkan korang dengan gambar yang sangat-sangat tempting (kat diri sendiri je la kot). Err, kalau takde entry baru lepas ni, nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat semua, especially kat sesiapa yang termakan ati dengan saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah Boleh Komen

Yeyyy...blog saya dah boleh komen balik..tekan jek kat tempat biasa nak komen tu ye..tengsss~

Bila tukar layout baru la Cik Mui boleh komen...kalau tak, dia asyik komen thru SMS jek.."kenapa blog ko tak boleh komen ni oi Minah??"...sungguh garang sekali Cik Mui kita itu...jangan garang-garang Mui..nanti cepat tua..(sorry, Mui)

So apa tunggu lagi..marilah berkomen-komen mengenai entry saya..owh, yang kat bawah ni mostly font color kuning...tak boleh baca ye? nanti la i tukar satu per satu oke..

Yours truly,
~Budak Baik~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

New Layout

I think I need a new layout for my blog. The previous one is no longer suits me and does not potray my current mood. Therefore I have to privatize my blog until I found the one that suits me well. hehehe..


Apa anda merepek bercakap dalam bahasa orang putih di hari merdeka ni? haihh..semak balik jatidiri. Eh! orang Malaysia la, keturunan Jawa lagi. cakap Melayu pls... (hoho, terlepas jugak)

Accidentally tukar template..haih haih..tadi time nak preview, pi tekan apply..haih...tekanan perasaan betul..hmm, takpelah...dah dekat nak 100 entries, tukar la...bosan jek tengok si gadis penat tersandar kat tepi dinding dulu (ada orang notice ke benda tu? seriously, did anyone ever care?..don't think so..*sob sob)

Ni lah layout yang teraccidentally pi apply..huhuhu...tak pueh ati sungguh..warghhh..
Eh, korang pon nampak...hahaha...gedik sungguh nak tunjuk gambar..lama dah tak attach gambar kat entry..hahahaha...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Kemalangan

Aiyok...hari ni hari malang saya...



Meh nak cerita secara detailnya..seperti rutin mingguan yang biasa, setiap Jumaat pasti membawa pulang MODEM BROADBAND Maxis yang berharga itu (walaupon service cam tutttt..) kerana takut hilang..sayang wuoo..ada juga la jasanya ketika waktu bekerja..kalau hilang, macam mana nak contact Encik Boipren untuk berkongsi rasa tension bekerja di office..oke..cukup membebel..dipendekkan sikit cerita..pagi tadi waktu bersiap-siap ke office, i tak jumpa my modem itu..arghhh, abisla..jadi periuk bertekanan tinggi la..hey Encik Boipren, be prepared!! hoho..



Lagi satu kemalangan yang dihadapi hari ini.....PARKING CARD dan juga HANDPHONE..ni betul-betul mendatangkan mood kebiruan di pagi Isnin..kisahnya, nak pergi basuh kereta so bawa keluarla segala coins, cards and ntah haper lagi barang-barang koya mahal dalam kereta tu..kesinambungan dari kisah modem di atas, keluar rumah dengan keadaan sangat kelam kabut sehingga tak tercapai barang-barang wajib di dalam kereta...adoiiii..



Tersedar pon dah half way nak sampai office..sambil driving, cari handphone dalam beg dengan harapan nak memarahi orang-orang yang sepatutnya dimarahi tapi tak kesampaian (2 amaran, jangan memandu camni, bahaya wuo..jangan ada niat nak marah Abah anda, Abah-abah ni memang geng berdaulat, sebarang cubaan dari anak-anak untuk berasa bengang dengan mereka, tuhan bayar cash)..hambek ko!! handphone pulak tertinggal...wahhhh...tekanan makin tinggi ni...siapla orang kat luar kereta, silap jek, nak maki korang berbakul-bakul durian..padan muka!!~

Owh tetiba rasa tersedar dari dunia kemarahan...ehh kenapa exaggerate benda-benda ini...orang dulu-dulu zaman 80-an takde pon kalut kalau tak bawa kad parking, takde pon bising pon tak bawa modem, tak kecoh pon tak bawa telepon...dunia belum berakhir la beb..rilek la~hokey itu zaman dulu...i budak zaman sekarang (nyanyi-nyanyi lagu budak uitm tu..tiba-tiba)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Saya Suka Bulan Puasa

Alhamdulillah...dah 12 hari kita berpuasa kan? I tak ada pon entry pasal nak start puasa macam blogger lain...semak la...semua orang pon dah wish puasa...balik-balik itu jugak yang nak disampaikan...selamat berpuasa, jangan ponteng puasa, etc... oh saya bukanlah anti ucapan-ucapan seasonal, jangan pulak anda lambat wish bila birthday saya itu ye..saya pun suka jugak bila Ramadhan menjelma...dari kecik lagi memang dah suka..there are few reasons yang menyebabkan i suka bulan puasa


As some of you might know, my birthday in Hijr Calendar fell on the 1st day of Ramadhan..terharu tak korang, satu dunia berpuasa sempena birthday mak tau nyah..only the chosen ones jek yang bertuah macam ni tau..

Secondly, time camnila kite boleh berjalan ke mana dengan wang tunai yang cukup-cukup tambang nak pergi kerja..dalam erti kata lain, boleh naik LRT kalau kereta buat hal atau tiba-tiba rasa malas nak drive sebab balik nak menyinggah kat param di tepi stesen Masjid Jamek itu..kadang-kadang sampai tak perasan duit tinggal 30sen je dalam beg..sangatlah tak berbelanja tau...siapa kata perempuan tak boleh mengawal diri time puasa..ni contoh terdekat dah ada kat sini..hihi..

Bulan Ramadhan jugak selalu digunakan as excuse untuk balik awal...sebab office pon release kitorang pukul 4 petang for those yang clock in at 8.30..takpon pukul 4.30 kalau masuk pukul 9..best wuooo...jalan tak sesak..laju je sampai umah...13km ketika hari puasa rasa macam 3km je..tapi kalau hari tak puasa, mak ai, macam nak pergi Seremban je rasa..pointnya di sini, keluar awal jam 4 dan boleh bagi valid excuse..eventho tak kawen, boleh la cakap kena tolong mak masak di dapur...ia bukan sekadar alasan ye....rugi je puasa kalau kelentong ni..

Selanjutan dengan perkara di atas (oke, sungguh seperti bahasa persuratan kerajaan melayu), di bulan puasa ini jugak la anak dara - anak dara belajar memasak or kalau dah terer masak pon, mesti time macam ni la berguna untuk polish skil masak yang terpendam and terendam dalam diri masing-masing...kadang-kadang sampai terbetah dengan cikgu / tokey dapor a.k.a mak sendiri..kekonon nak buat signature dish..ya dushhh...hari lain tader mau pula ko mencoba..aiyoyo...ini jam kalu, sakit perut, tarawikh apa macam la dey..ufffoohh~

Tapi, bila dah masak banyak-banyak, macam rugi jugaklah kalau tak makan...dan sebab tu la saya suka bulan puasa...i dont usually aim for tremendous weight loss...sebab bulan puasa adalah bulan untuk gain weight..percaya tak, sekarang lagi berat dari time tak puasa? gile kentang..tu baru makan makanan yang masak kat dapur sendiri..pasar ramadhan? jauh sekali nak jejak..this year baru jejak sekali, tu pun menemankan Encik Boipren..kalau tak, memang takde harapan la orang kat pasar ramadhan tu nak nampak muka mak ni nyah..

Eh sebelum terlupa....saya suka bulan puasa jugak sebab bulan puasa ni apa jua alasan membeli belah untuk persiapan raya kedengaran sangat make sense...walaupon orang kata aktiviti pergi membeli baju raya, kasut raya, beg raya, etc..hanya applicable kepada kanak-kanak underage..benda itu juga boleh diapply kepada wanita-wanita bekerjaya...atas alasan retail therapy...tension, lantas harus ke shopping complex untuk menenangkan kembali gelora di hati sarah ini..ye..apa boleh buat, semuanya memang masuk akal..tak dapat dinafikan lagi..kalau kat sogo lagi...dari masuk akal ke hilang akal...sebulan gaji boleh habis dalam masa 4 jam....gilegilegile..

Kesimpulannya, selain dari yang kat atas-atas ni...bulan puasa boleh mengajar kita bersabar dengan masyarakat sekeliling kite yang kadang-kadang sangat mengundang penumbuk ke muka mereka..bukan salah i...mereka yang menjemput...tak buat kang, tak memenuhi impian mereka untuk makan pelempang pulak...haih..dilemma..dilemma..tapi takpe, so far boleh tahan lagi la perasaan itu..takpelah tak dapat membantu mereka menggapai cita-cita dilempang itu..

Ahhh..sudah pukul 1.15 pagi...bulan puasa, tak perlu membebel panjang-panjang tanpa arah tuju...oleh itu, saya mo tidur dulu ye...tata...eh semua..baca niat puasa dulu tau...adios~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS