Korang Takkan Jalan Berseorangan


Trust gambar kat atas dah boleh cerita semuanya...Korang dah beli tiket? Beli la cepat, pompuan! aku rasa sangat awkward pegi tengok bola kat stadium tanpa mengetahui pompuan yang aku kenali pon berada di sana..

By the way, aku bukan la hantu bola..jauh sekali nak pergi berasak-asak kat stadium semata-mata nak tengok bola untuk ditendang oleh 22 lelaki yang berbadan tough atau ber-6 pack abs..sungguh not my cup of tea..lainlah kalau dia berkacamata, berdahi jendul, berbadan sedang-sedang saja (macam lagu dangdut tu) dan bergigi arnab yang cantik..hihi..

Dan kalau lelaki yang dinyatakan itu juga menyuarakan hasrat untuk mengajak diri ini utk menonton bola di stadium bersama-sama beliau, mana mungkin aku bisa menolaknya (ceh!!)...semua demi cinta yang mendalam (ceh!! cehh!! lagi), walaupon tak kenal sorang haram pon muka yang kat atas tiket itu, akan ku tempuh jua..

Anyway, tiket tu aku beli untuk Encik Berihitam..satu set (tiket dengan training) tu sempena birthday dia bulan 12 haritu (kejam kan?) and another set tu untuk merealisasikan cita-cita beliau untuk membawa cinta hati beliau merasai pengalaman menonton bola di stadium (nak-nak, tengok team yang beliau support), semoga beliau tabah menghadapi karenah tunangan beliau yang sikit-sikit macam fobia dengan crowds..all the best, dude.. and happy anniversary in advance too...nanti jangan lupa hadiah untuk saya..hihihi..

Cuma satu masalah, macam mana dress code menonton bola kat stadium hah? kalau kat umah tu, pakai tank top dengan sweat pant, ngadap tv..on saje! eh jangan lupa bantal busuk pon prop yang penting kalau nak menonton..nanti kena pakai kasut bertutup, ke selipar jepun pon boleh? lipstik ngan sunblock boleh pakai tak? hahaha..2 item yang terakhir tu aku main-main je..karang korang tak faham lak lawak jenaka peringkat tinggi aku ni..

Oke..esok nak keluar selepas subuh..jadi perlu tidur sekarang..nite nite~



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: