Henna

Haritu my officemate lukiskan inai kat tangan selepas aku diracun oleh seorang lagi officemate yang menunjukkan lukisan inai di tangan (tapi dengan much better design). Kakak tu beli henna paste untuk suruh si expert ni lukis..dengan baki yang tertinggal tu, i offered myself..err.. my hand la untuk dia tunjuk skil dia.

Inai belom kering...it takes normally 45-60mins to dry kata si pelukis
 
Pagi pertama..tengok! tak terang..ada rasa nak potong tangan..nyesal punya pasal..tapi cool dulu sampai kat office

Kat office..after complaining yang inai tu tak terang...officemates suruh sapu minyak serai (any minyak angin would do the magic)..berangin wuooo..dah la aircond sejuk..tapi nampak better la kan..

Hari berikutnya  




Selepas 2 minggu..oke aku dah start boring..bila nak ilang ni..malu la plak orang dok tengok tangan..
Antara hasil lukisan lain pada tangan lain di minggu yang lain



 Tapi, Abah and Mama dah cakap tak payah la buat lukis-lukis ni...diorang tak berkenan tengok..since dalam hati sudah ada sedikit rasa boring bila dia lambat sangat nak fade, memang rasa akan jadi anak yang patuh la..sentimental di situ kan? alah sikit jek.. ♥

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Test test

Wuhooo..blogger dh ada kat app store..ni sekarang taip guna handphone..yang haritu blogbooster macam tak seronok sangat (sendiri punya pendapat..kalau ada orang yang suka, good for them!!)

Now nak pegi beraya...banyak invitations pulak..yey dapur tak kotor harini..korang tak nak jemput i datang raya kat rumah kewww?

Ok bai..siapa nak datang rumah, sila bagitau..nak lari siap-siap...muahahahaha >:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surat dari Mak Ayah

Sila bagitau, korang nangis ke tak nangis, tengok video bawah ni


Mek? Jangan kata la nok..i cried a river la kira tengok benda ni...lepas 30 secs or so..sedih tak hengat...memang teringat betul kat Kak Jam n Abang Pin kat rumah tu..

There were times yang kitorang tak sebulu, but that did not mean I don't love them, jauh sekali to ignore them..lagi-lagi pasal preparation hari penting, kadang-kadang emosi bila diorang cool je..kite ni being pushed by other, sampai jadi bengang kat parents sendiri, apsal la diorang ni steady jek, geram tau..tapi takde la sampai aku override diorang and buat decision sendiri (tapi cita-cita tu ada..heh!)..sungguh rasa serba salah..sebelah tangan orang yang kite nak spend hidup kita 30 tahun akan datang (insya Allah)..sebelah tangan, untuk diorang yang dah memang ada dengan kite for almost 30 tahun now..owh, ternangis time tulis blog..uhuhuhuh..feeling terlebih..sorry..

Mama, Abah...Along mintak maaf
For the times Along ternaik suara..sedangkan Along tak pernah kena tengking
For the times I am not with you when I should..keluar dengan kawan-kawan seharian sedangkan dah diajak teman  pegi mana-mana / beli barang-barang dapur..then, balik lambat pulak tu.
For the times I just sit at the office dengan alasan traffic jam..sedangkan dulu Mama n Abah datang amik right on time balik sekolah / tuisyen
For the times Along tak hantar barang Mama n Abah kalau tertinggal bila dah kuar pergi keje..sedangkan dulu kalau buku tertinggal kat rumah, Abah mesti tolong hantar buku tu sampai sekolah..
and for every time Along buat salah, sedar / tak sedar..Along mintak maaf..


Ni lagi dekat hari, lagi rasa tak nak tinggal mak ayah..tak nak, tak nak...macam mana nak buat ni? ada advice?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Satu Ogos = Satu Ramadhan

Hai...apa khabar? puasa tak memasing hari ni? i mestilah puasa, nyah~...entry ni pon nak tunjuk lauk berbuka hari ni..motip??  hahaha..saje nak tunjuk kat orang yang kena kerja melangkaui waktu berbuka tu...kesiannya kat beliau...alololololo...

Menu harini :
Bubur lambuk
Kek Coklat
Bihun Sup
Air Teh O kaw
Kurma

Semua buat masak sendiri Mama masakkan (bertuah punya anak), except bubur lambuk tu Abah den ambik dekat office dia...tiap-tiap tahun pon mintak dia ambikkan..sedap wooo..

Hah, oke lah..tak reti dah nak tulis pepanjang..semenjak kes Jejari Runcing tu putus tunang, dah dapat satu moral of the story: jangan spill too much detail...pompuan somemore...tak elok banyak cakap..huhuhuhu..

Actually tu bukan reason tak update blog..reason sebenar dia, taktau nak tulis ape..and masa tak mengizinkan..post yang ni pon saje nak gedik-gedik..tapi takde la melampau sangat gedik macam orang tu kan..hahaha

To JR: Lek la sis..i've been there too..lagi banyak cakap, lagi banyak kelihatan tak bijak, lagi banyak ko regret bila ko kenang-kenang balik pada masa hadapan, this moment of time ko tengah lalui dalam hidup ko..chill la beb..(hahaha, aku tulis as if dia baca blog aku kan)

Oih lupa, makcikku di kampung..happy birthday...sama tarikh la kita kalau ikut kalendar Islam...we are the chosen gitu, chik!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pre-Matrimonial Course

a.k.a Kursus Pra-Perkahwinan..siapa nak kahwin, sekarang wajb ada kursus kahwin...me? Alhamdulillah, sudah pergi..woohoo sudah boleh kahwin

I pergi dekat Wani Pesona, kat office lama KRU tu..oke la, not bad...mula-mula i was afraid to attend one..selalu cakap dengan kakak-kakak kat office..dalam kepala otak ni fikir, mesti tak seronok macam kursus 6 jam time nak amik driving license..time tu mata macam pili paip rosak, berair je memanjang sebab mengantuk kaw!

Sebenarnya modul-modul yang diorang ajar kat kursus kahwin tu basic aje..pasal asas pembinaan insan, pasal pengurusan keluarga, pengurusan masalah..rasanya semua orang pon tau pasal ni dari pengalaman tengok family masing-masing ataupon tengok family orang lain..bila ustaz kat depan bercerita, kita yang mendengar ni mesti terlintas dalam hati.."ooo...padanlah macam tu mak ayah aku / mak ayah orang lain semua...oooooooo"

Dari pemerhatian sendiri, every module mesti ada contoh related dengan mak mertua..hoho, saya sangat takut..betul juga la apa yang ustaz tu sampaikan.."selama ni kita cuma cuba mengenali pasangan, tapi kita kenal tak mak mertua kita?"..berapa ramai yang dah jumpa bakal mak mertua diorang sebelum kahwin and boleh form mother-daughter (in-law) bond? or better than that, macam bff punya bonding..uih kalau dapat, bertuah la badan..dengan bapa mertua takpe, relax sikit..mostly bapa mertua jenis easy going..(i wouldnt say jenis tak kesah...lain definition tu) jadi sekarang, sudah ada feeling takut..hohoho..macam mana nak hilangkan takut ni? tolong tolong..tolong menolong..

Then, ada module pasal akidah..oo oke..selama ni memang kita tau and kat sekolah pun ada belajar..tapi bila makin tua, bila kepala otak lebih berorientasikan masalah kehidupan, masalah kerja, masalah jalan sesak hari-hari kat KL ni menyebabkan kita lupa sikit..dulu kecik-kecik, hafal 99 nama Allah..sekarang ni? hah kena berbackgroundkan astro oasis punya asmaul husna..macam tu jugak la sifat 20, zikir munajat,doa taubat..kita bukan tak tau, tapi sebab minda kita preoccupied dengan benda-benda lain, it takes time untuk kita recall..betul kan, betul kan?

Kesimpulan sendiri bikin, memang bagus la kursus ni diwajibkan..boleh la refresh ilmu-ilmu formal dan informal yang terpendam dalam hati..at least boleh guna untuk another 30 years down the road..rasa seronok pon ada jugak..so dalam kepala otak ni, umur 40 pergi lagi la kalau boleh (kalau ada kawan, sebenarnya)

Pesanan untuk orang yang nak pergi kursus kahwin:
1. Pergi dengan pasangan, baru ilmu yang korang dapat tu sama-sama difahami..boleh wat revision (ceh macam ada exam la kan)..tapi betul..kalau pergi tempat asing-asing, takut nanti penyampaian tak sama walaupon diorang based on module yang sama (tempat pun sama tapi hari lain lain)
2. Since ni kursus kahwin, korang jangan pulak malu-malu kucing or buat muka konon taktau time penceramah buat joke (x-rated kaw! haha)..just play along, gelak je ramai-ramai..baru tak ngantuk
3. Banyakkan mendengar, jangan korang sibuk nak tulis apa ustaz tu cakap..ingat ni zaman study kat U ke, nak salin-salin..dengar-dengarkan je dengan hati yang terang and terbuka, insya allah lagi terkesan dari korang salin tu..anyway, korang agak bila korang nak baca balik nota korang tu?
4. Datang awal ekk...8.45 means 8.45..be punctual, respect other's time (muahahaha)..furthermore, kalau korang datang awal, korang boleh pilih seat..oke, jangan pilih duduk belakang, nanti korang kena pindah duduk depan jugak..might end up duduk first row..pilihla second row dari hadapan..so takyah susah-susah nak berganjak-ganjak lagi dah (evil evil ini orang...bwahahaha)
5. Ustaz pesan, pergi kursus awal-awal..sijil dapat seminggu lepas kursus, jangan ko datang minggu sebelum nak nikah sudah..banyak tu paperwork nak buat..pergi awal-awal tak rugi..

Fuhh..done with my review on this Kursus Kahwin..kat orang yang baru nak pergi, selamat berkursus! enjoy yourself there! ;)

*wah sekarang rasa macam cenderung tulis hal-hal kahwin..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS